Wednesday, November 25, 2009

majlis

Assalamualaikum,

Hari ni ada sedikit kelapangan dan tergerak hati tok cik untuk menulis. Blog ini terhasil apabila melihat anak tok cik yang sering menulis dilaman face book nya.
Sebenarnya siang hari tu tok cik sibuk dengan majlis perkahwinan adik tok cik. Alhamdulillah majlis tersebut telah selesai. Cuma yang mencacatkan majlis apabila lauk kehabisan (guna catering), terpaksalah cari lauk segera di kedai kerana baru pukul 2.00 ptg dan tetamu masih ada. Yang kasihan campur malu, terpaksalah minta tetamu menunggu sebentar sehingga lauk sampai. Tugasan tok cik pula sebagai penyambut tetamu dan pengganti bapa (bapa telah meninggal)
Habis majlis kami semalaman memikirkan .... adakah tetamu terlebih atau pihak catering yang tidak jujur. Esoknya kami bersemuka dengan pihak catering, dan akhirnya pihak catering memberikan diskaun.
Hari tu kami benar-benar dapat pengajaran, kawan yang baik pun kadang kadang tidak selalu berlaku jujur.
Adik tok cik tu pula sekarang ni masih berada di Langkawi..... berbulan madulah katakan. Tok cik berdoa agar mereka dikekalkan jodoh, lanjut usia, murah rezeki dan sehat sejahtera.

No comments:

Post a Comment